![]() |
| Logo Pengakap Malaysia |
![]() |
| Peraturan Pakaian |
Prinsip Rukun Negara
Kepercayaan Kepada Tuhan,
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-Undang,
Kesopanan dan Kesusilaan.
Maksud Lambang Pengakap Malaysia.
- Cabang ke-atas melambnagkan persetiaan pertama-Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara.
- Cabang ke kanan melambangkan persetiaan kedua-Menolong Orang Pada Setiap Masa
- Cabang ke kiri melambangkan persetiaan ketiga-Menurut Undang-Undang Pengakap
- Ketiga-tiga cabnag ini diikat oleh satu ikatan yang melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli Pengakap. Ikatan ini juga mengingatkan ahli-ahli Pengakap supaya membuat kebajikan pada setiap masa.
- Bintang pecah 14 yang terletak di tengah-tengah anak panah melambangkan negeri-negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.
- Bulan sabit yang terletak di bawah dan dua bintang yang terletak di kiri dan kanan panah melambangkan agama rasmi Islam sebagai agama rasmi.
- Logo ini menggunkan tiga warna, iaitu warna merah, kuning dan hijau. Warna merah melambangkan keberanian, kuning melambangkan kedaulatan Raja dan Negara, hijau merupakan warna rasmi.
- Lambang pengakap dunia terletak di tengah-tengah lingkaran tali dengan hujungnya dimatikan dengan ikatan buku sila. Lingkaran tali membawa maskud " Persaudaraan Pengakap Seluruh Dunia".
- Lambang pengakap di dalam lingakran rali itu mempunyai tiga kelopak yang membawa maksud Persetiaan Pengakap.
- Di dalm kelopak kiri dan kanan terdapat bintang pecah lima, pecahan bintang itu, membawa maksud sepuluh undang-undang pengakap.
- KEtiga-tiga kelopak pula dicantum dengan satu ikatan tali. Ikatan itu membawa erti yang pengakap itu bersaudara dengan semua pengakap seluruh dunia.
- Warna ungu pada lambang ialah warna Biro Pengakap Dunia.
- Warna putih mambawa maksud kesucian dan kebersihan.
Persetiaan Pengakap
Bahawasanya saya berjanji dan bersetia,
Yang saya,
Dengan seberapa daya upaya saya,
akan,
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong Orang Pada Setiap Masa,
Menurut Undang-Undang Pengakap.
Undang-Undang Pengakap
- Pengakap adalah seorang yg sentiasa dipercayai dengan maruah dan kehormatan dirinya.
- Pengakap adalah seorang yg taat kepada Yang di-Pertua Agong dan Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, majikannya dan orang-orang bawahnya.
- Pwngakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
- Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
- Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekerti dan sentiasa berbudi.
- Pengakap adalah baik dan kasih kepada binatang.
- Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah ibu bapanya, ketua patrol, pemimpin pengakap dgn tiada apa-apa alasan.
- Tabah hati
- Pengakap adalah seorang yg berjimat-cermat.
- Pengakap adalah seorang yang bersih dan suci pemikirannya, perkataan dan perbuatannya.
Hormat dan Cogan Kata Pengakap
Hormat Pengakap diberikan semasa :
- Berjumpa dgn pemimpin pengakap dan pegawai.
- Menerima anugerah, sijil atau hadiah
- Istiadat manaik dan menurunkan bendera
Cogan Kata Pengakap
Pengakap kanak-kanak - " Buat Habis Baik"
Pengakap muda - " Selalu Sedia "
Pengakap remaja - " Pandang Luas "
Pengakap Kelana - " Berkhidmat "
Sejarah Pengakap Malysia
Pergerakan pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau PInang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula di sini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo
- F.C Sands di Singapura ( 1910 )
- H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
- I.R Wheeler di Perak (1926 )
- E.C Hick, AG Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah ( 1922 )
- R. brunnstor di Melaka ( 1925 )
- Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
- Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
- Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
- Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
- Rev. Canon thomas Cecil Alexender di Sarawak (1915 )
Persekutuan budak pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadikan ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukat nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Buadak PEngakap sejajar dengan Singapura keluar dari gugusan Malaysia.
Sejarah Pengakap Dunia
Sejarah pengakap dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan pengakap bermula pada apabila satu perkhemahan untuk budak -budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith baden Powell yang merupakan seorang bekas Mejar Tentera British yg penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung bermula sejarah pergerakan Pengakap Dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak lelaki melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yg dikarang oleh beliau sendiri.
Pergerakan PEngakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakn pengakap telah mendapad sambutan yg menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui bebrapa pergerakan Pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yg pertama telah diadakan di Olympia, London.
Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajan British menganugerahkan " Lord baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi di atas sumbangan beliau mewujudkan Pergerakan Pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941 beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke-84.
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama singkatan : B.P
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan awal : Chater House, London
Bekas pekerjaan : Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Februari 1941





No comments:
Post a Comment