Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya,
Saya berjanji dan Bersetia,
Yang saya,
Dengan seberapa daya upaya saya,
akan,
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong Orang Pada Setiap Masa,
Menurut Undang-undang Pengakap.

Lencana Usaha




BENDERA
Erti bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur Merah dan Putih ( melintang ) yg sama lebar, tanda keanggotaan yg sama dlm persekutuan 14 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan. Bahagian yg berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yg kelima, melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan persekutuan.Warna kunin pada anak bukan dan bintang warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Erti bendera Negeri Selangor Darul Ehsan



empat bahagian yg berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yg perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan dan bintang pula ialah sebagai agama Islam, iaitu agama rasmi negeri dan kesucian agama Islam di tunjukkan dengan warna putih.

LAGU KEBANGSAAN

Negara ku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta,
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta.

LAGU NEGERI SELANGOR

Duli yang maha mulia,
Selamat di atas takhta,
Allah lanjutkan usia Tuanku,
Rakyat mohon restu,
Bahagia selama-lamanya,
Aman dan Sentosa,
Duli yang maha mulia.

MENAIK / MENGIBARKAN BENDERA
menaikkan bendera Malaysia dan bendera Negeri masing-masing sambil menyanyikan dalam masa yang sama Lagu Kebangsaan ' Negaraku' dan lagu negeri masing-masing.

Menaikkan bendera adalah satu istiadat Pengakap pada tiap-tiap perjumpaan.
  1. Dalam keadaan ini bendera telah pun dipasang pada tiangnya.
  2. 2 orang Pengakap dari patrol yg bertugas mara ke tiang bendera dan berhenti setapak dari tiang.
  3. Mulakan dengan bendera Malaysia. Ahli menyanyikan lagu 'Negaraku'. Pengakap yg bertugas menaikkan bendera perlahan-lahan mengikut tempoh lagu. Habis sahaja nyanyian, bendera sampai di kemuncak tiang. Ikat tali pada tiang.
  4. Kemudian bendera negeri pula dinaikkan sambil lagu negeri dinyanyikan. langkahnya sama sperti ( III ).
  5. Kedua-dua pengakap bertugas unudr setapak dan perintah " sedia hormat " Semua beri tabik hormat.
  6. Kedua-dua pengakap bertugas "pusing belakang" dan balik ke patrol mereka.
  7. Semua "bersenang diri"
nota : Mengibarkan bendera yg bergulung tidak diiringi dengan lagu-lagu kebangsaan dan negeri.



MENGENALI ORANG-ORANG TERNAMA.

D.Y.M.M SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG


Seri Paduka Yang di Pertuan Agong al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

D.Y.M.M SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG


Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah


PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG

Lafaz Persetiaan

"Bahawa dengan sesunguhnya saya berjanji dan berseti yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan, taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong Orang Pada Setiap Masa dan Menurut Undang-Undang Pengakap"

Undang-undang Pengakap
  1. Dipercayai
  2. Taat
  3. Berguna
  4. Sahabat
  5. Baik / Berbudi
  6. Kasihkan binatang
  7. Menurut perintah
  8. Sabar
  9. Jimat
  10. Bersih / Suci
 KECERDASAN DAN KESEGARAN TUBUH BADAN

2.1 Mengetahui Latihan Asas Perbarisan ( Kawad kaki )
  1. Masuk baris
  2. Senang diri
  3. Rehatkan diri
  4. Ke Kanan Lurus
  5. Pandang depan
  6. keluar baris
  7. Bersurai
  8. Ke kanan pusing
  9. Ke kiri pusing
  10. ke belakang pusing
  11. ke hadapan pusing
  12. buka barisan
  13. tutup barisan
  14. langkah ke sebelah
  15. hentak kaki
  16. paras
  17. cepat jalan
  18. berhenti.

KEMAHIRAN BERPENGAKAP
3.1 Kapak dan Pisau


Kegunaan Kapak :
i) Kapak tangan
ii) Kapak Penebang
iii) Kapak baji

Kapak Tangan
i) Untuk membelah kayu api
ii) Untuk merincih dahan dan ranting pokok

Kapak Penenbang
i) Matanya agak nipin dan sesuai untuk menebang kayu keras

Kapak Baji
i) Matanya agak tebal dan sesuai untuk menebang kayu lembut kerana ia tidak mudah diapit.